APA ITU USAHAWAN?
Usahawan adalah seseorang yang menjalankan perniagan dan mementingkan keuntungan di samping terus mengembangkan perniagaannya. Dalam keusahawanan, wang bukan menjadi ukuran tetapi kejayaan untuk memuaskan hati pelanggan adalah 1 ukiran yang baik.
4 prinsip pengurusan
PERANCANGANusahawan perlu membuat perancangan terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang tindakan. Sebagai contohnya, usahawan perlu membuat bajet jangka panjang dan jangka pendek. Hal ini demikian kerana, jika tiada bajet, usahawan akan bertindak sesuka hati dan tidak akan dapat merancang perjalanan perniagaannya.
PENGORGANISASIAN
Pengorganisasian adalah proses yangg melibatkan pengurus menyusun &mengagihkan sumber-sumber organisasi untuk melaksanakan tugas yang telah ditetapkan agar matlamat organisasi tercapai.
KEPIMPINAN
Kepimpinan adalah proses yang melibatkan pengurus akan mencuba mempengaruhi gelagat pekerja agar pekerja dapat melaksanakan tugas yang diberikan dengan cekap & berkesan untuk mencapai matlamat organisasi.
PENGAWALAN
Pengawalan adalah proses yang melibatkan pengurus memantau prestasi kerja semasa & mengambil tindakan untuk memastikan hasil akhir kerja tercapai seperti yg dirancangkan

Tiada ulasan:
Catat Ulasan