CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA
Setiap
usahawan inginkan kejayaan, untuk Berjaya bukanlah sesuatu yang mudah dicapai.
Terdapat beberapa ciri usahawan Berjaya iaitu mempunyai visi dan misi. Visi dan
misi bermaksud tujuan utama dari sebuah organisasi. Misi
memberitahu para pembaca dan pelanggan mengenai nilai-nilai inti dari sesebuah organisasi.
Di sisi lain, visi adalah tujuan jangka panjang yang dibayangkan demi perkembangan sesebuah organisasi.
Sebagai contohnya, misi syarikat D’Herbs adalah membantu golongan wanita dan
lelaki yang mengalami masalah kesihatan dalaman dan luaran untuk tampil dengan
lebih yakin dan bergaya. Disamping itu, D’Herbs membantu merek menjana pendapatan
yang lebih lumayan dengan menjual produk daripada D'Herbs
Selain itu, ciri seseorang usahawan
yang Berjaya adalah berani mengambil risiko. Hal ini demikian kerana, dalam
dunia keusahawanan terdapat banyak risiko yang harus ditanggung oleh usahawan.
Hal ini mermaksud, usahawan menghadapi ketidaktentuan masa depan perniagaan
kerana mungkin terpaksa menanggung kerugian. Namun, usahawan haruslah menganggap
risiko sebagai cabaran dan memastikan risiko adalah munasabah dengan pulangan
yang dijangka. Sebagai contohnya, Jika usahawan itu sedang berusaha untuk
menjadi seorang usahawan yang berjaya, kemungkinan masa yang diperlukan sangat
singkat. Sudah tentu anda perlu banyak membahagikan masa antara keluarga dan
juga kerjaya. Pekerja anda juga perlu bimbingan dan sokongan daripada anda
supaya mereka terus maju dan lebih produktif.
Seterusnya, ciri usahawan yang Berjaya
adalah kreatif dan inovatif. Terdapat perbezaan maksud kreatif dan inovatif
iaitu kreatif adalah usahawan yang mempunyai banyak idea, panjang akal dan
berupaya menghasilkan produk baru, canggih dan unik. Manakala inovatif pula
adalah usahawan yang mengembangkan dan membuat pembaharuan dalam kerjayanya.
Sebagai contonya, Michael Dell daripada Dell Corporation adalah usahawan yang
pertama yang memperkenalkan pembelian computer secara talian terus dengan
menggunakan talian internet kepada pengguna.
Di samping itu, ciri usahawan Berjaya
adalah dapat melihat dan mengambil peluang. Hal ini bermaksud, sebagai usahawan
haruslah menganalisis peluang yang ada dan mengambilnya yang boleh membawa
keuntungan kepada organisasi. Sebagai contohnya, T. Ananda Krishnan mampu
merebut peluang peluang dalam bidang industry Telekomunikasi Maxis dan
Penyiaran ASTRO.
Kesimpulannya, jika seseorang
usahawan itu tidak mempunyai ciri-ciri ini, mereka tidak mampu untuk mencapai
yang diimpikan.
Di sisi lain, visi adalah tujuan jangka panjang yang dibayangkan demi perkembangan sesebuah organisasi. Sebagai contohnya, misi syarikat D’Herbs adalah membantu golongan wanita dan lelaki yang mengalami masalah kesihatan dalaman dan luaran untuk tampil dengan lebih yakin dan bergaya. Disamping itu, D’Herbs membantu merek menjana pendapatan yang lebih lumayan dengan menjual produk daripada D'Herbs