ETIKA KEUSAHAWANA di GeGuLa BaTu
Dalam
dunia perniagaan atau keusahawanan terdapat etika atau peraturan yang wajib
diikuti oleh semua usahawan. Anataranya adalah jauhi rasuah, tidak membuang
sisa toksik di laut, tidak membakar secara terbuka dan sebagainya. Hal ini
demikian kerana, disebabkan masalah etika yang diperlakukan oleh usahawan akan
menyebabkan masyarakat hidup dalam suasana yang tidak sihat.
Terdapat
beberapa kesalahan etika yang sering dilakukan oleh usahawan iaitu melepaskan
asap kilang tanpa menapisnya dahulu, membuang sisa minyak atau toksik, rasuah
dan sebagainya.
Kesalahan
etika yang pertama adalah melepaskan asap kilang tanpa menapisnya dahulu. Udara
yang bersih sangat penting kepada setiap manusia. Oleh itu, setiap orang
haruslah menghalangnya daripada tercemar. Jika usahawan itu mempunyai sebuah
kilang atau lebih, beliau haruslah memasang penapis asap di setiap corong
kilangnya. Hal ini demikian kerana, dengan adanya penapis asap ini, asap-asap
yang beracun tidak akan dilepaskan dan asap biasa sahaja yang dilepaskan.
Asap
beracun amat bahaya dalam persekitaran kita, malah boleh menimbulkan pelbagai
penyakit seperti astma, kanser paru-paru, batuk kering dan sebagainya. Hal ini
terbukti bahawa asap yang tercemar amat membahayakan. Asap yang beracun ini
juga adalah punca jerebu, penipisan lapisan ozon dan sebagainya yang mampu
memusnahkan alam sekitar.
Pihak
yang berkuasa seperti Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bertanggungjawab
dalam memelihara alam sekitar daripada tercemar. Usahawan yang melanggar etika
alam sekitar haruslah didenda dengan hukuman yang berat supaya dapat
mengurangkan masalah ini. Masyarakat juga haruslah memberi kerjasama dalam
menangani atau mengurangkan gejala ini dengan melaporkan kepada pihak yang
berkuasa jika terdapat usahawan yang melanggar etika.
Selain
itu, kesalahan etika yang sering dilakukan oleh usahawan adalah rasuah.
Terdapat banyak masalh rasuah akhir-akhir ini. Statistik menunjukkan bahawa dari
tahun 2015 statistik adalah 50.48% dan meningkat pada tahun 2016 iaitu 54.8%.
Hal ini menunjukkan bahawa rasuah di Malaysia semakin meningkat dan jika tidak
dikawal ianya akan menjadi lebih teruk dan Malaysia menjadi salah satu negara
yang mempunyai jumlah rasuah yang tinggi.
Terdapat
beberapa faktor seseorang itu mengambil rasuh iaitu kelemahan peribadi,
kelemahan kepimpinan serta organisasi dan sebagainya. Dari sudut kelemahan
kepimpinan bermaksud struktur kepimpinan yang lemah atau kurang pemantauan ke
atas golongan pekerja. Hal ini menyebabkan kegiatan rasuah berleluasa dengan
dalam sebuah organisasi.
Selain
itu, faktor terjadinya rasuah adalah kelemahan peribadi seseorang individu. Hal
ini demikian kerana, kurangnya didikan agama dan moral menyebabkan seseorang
itu kurang mengetahui perkara yang dilakukannya. Selain itu, sikap tamak dan
ingin hidup mewah juga menyebabkan seseorang itu terjebak dalam kegiatan rasuah
sehingga sanggup mengetepikan soal agama dan keburukannya.
Terdapat langkah mengatasi gejala
rasuah ini iaitu mendedahkan bahayanya gejala rasuah sejak di bangku sekolah lagi.
Hal ini demikian kerana, jika ingin mendidik seseorang biarlah daripada
rebungnya dan apabila dididik dengan baik, gejala rasuah akan berkurang dan
menghasilkan modal insan yang telus dan berdisiplin.
Kesimpulannya, gejala rasuah telah
memberi banyak kesan buruk dan tidah harus diamalkan oleh usahawan yang
Berjaya. Hal ini demikian kerana, rasuah mampu memusnahkan generasi muda dan
masyakat sekeliling.
Akhirnya, kesalahan yang sering
dilakukan oleh usahawan adalah membuang sisa toksik atau minyak ke sungai atau
laut sehngga menjadi pencemaran air yang teruk. Kebelakangan ini
kerap dipaparkan di media cetak dan media elektronik tentang tumpahan minyak di
laut. Kejadian terbaru adalah di Mexico yang melibatkan tumpahan minyak yang
mencemarkan kawasan laut beratus-ratus kilometer persegi. Ini akan menyebabkan
banyak kesan buruk kepada hiidupan laut dan manusia.
Kesan tumpahan minyak kepada
hidupan laut ialah kepupusan spesies ikan yang tertentu. Tumpahan minyak dalam
jumlah yang besar akan menyebabkan permukaan laut dilapisi oleh minyak. Ini
akan menyebabkan hidupan akuatik akan mati dan membunuh hidupan akuatik hingga
boleh menyebabkan kepupusan. Lapisan minyak pada permukaan laut juga akan
membunuh alga, iaitu lumut laut dan plankton yang menjadi sumber makanan ikan.
Kepupusan sumber makanan juga boleh membawa kepada kepupusan ikan.
Tumpahan minyak di laut juga
boleh menyebabkan kemusnahan terumbu karang .Terumbu karang, terutamanya yang
berada di kawasan cetek akan dibaluti oleh lapisan minyak yang tersebar
menyebabkan terumbu karang ini akan mati. Lapisan minyak yang menutupi
permukaan laut juga menyebabkan cahaya matahari terhalang dan mempengaruhi
kepada kemusnahan karang laut ini. Tumpahan minyak akan memusnahkan habitat
semula jadi hidupan laut seperti ikan dan lain-lain hidupan yang dijadikan
kawasan trumbu karang sebagai habitat mereka.
Kesan tumpahan minyak di laut
kepada manusia pula adalah menjejaskan kawasan pelancongan dan riadah.
Keindahan semula jadi pantai dan perairan pulau akan terjejas kerana sebaran
tumpahan minyak. Ini menyebabkan aktiviti pelancongan dan riadah di kawasan
pantai tidak dapat dilakukan. Selain itu, tumpahan minyak yang tersebar ke
pulau-pulau akan menjejaskan aktiviti sukan air seperti skuba apabila hidupan
laut telah musnah di kawasan pulau yang cetek.
Kesan seterusnya kepada manusia
ialah kekurangan bekalan makanan. Apabila ikan banyak yang mati dan mungkin
pupus bagi spesies tertentu akan menyebabkan kurangnya bekalan ikan dalam masa
yang sama akan menjejaskan bekalan sumber protein dan makanan kepada manusia.
Selain itu, kesan tumpahan yang tersebar jauh hingga ke pantai akan menyebabkan
hidupan akuatik yang menjadikan kawasan hutan bakau sebagai habitat akan
musnah. Ini juga akan menyebabkan gangguan kepada bekalan makanan manusia.
Kesimpulannya, tumpahan minyak
di laut perlu diatasi dengan segera apabila berlaku untuk mengelakkan kesan
kemusnahan yang besar kepada hidupan laut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan