Sabtu, 4 Mac 2017




10 TIPS KEJAYAAN di GeGuLa BaTu


10 SYARAT UNTUK BERJAYA (BILL GATES)
            Semua orang ingin berjaya dan untuk mencapai kejayaan bukan mudah, kita harus mencontohi sikap atau syarat orang yang berjaya. Oleh itu, Bill Gates adalah salah seorang orang yang berjaya dalam dunia perniagaan dan beliau mempunyai 10 syarat untuk berjaya.
            Menurut Bill Gates orang yang ingin Berjaya harus sentiasa bertenaga.Hal ini demikian kerana, dalam dunia perniagaan terdapat banyak tugasan yang harus dilaksanakan dengan cepat, tepat dan tuntas. Seseorang yang ingin Berjaya juga haruslah sentiasa bersemangat dalam membuat sesuatu kerja dan mempunyai sikap ingin ambil tahu tentang peluang yang ada. Hal ini demikan kerana, tanpa ilmu perniagaan, seseorang usahawan tidak akan maju dan sukar untuk mencapai kejayaan yang diingini. Menurutnya lagi, seseorang ahli perniagaan harus sedia dan mampu menanggung risiko kerana dalam memulakan perniagaan baharu, akan muncul pelbagai risiko dan ahli perniagaan tersebut harus tahu risiko yang dialami dan bagaimana untuk menyelesaikannya.
            Syarat yang kedua adalah mempunyai pengaruh yang buruk. Hal ini demikian kerana seseorang yang Berjaya harus mengenalpasti dan memperbaiki kelemahannya bagi menghasilkan pengaruh yang lebih baik dan menghasilkan kerja yang lebih baik.
            Syarat seterusnya adalah seseorang ahli perniagaan itu haruslah berusaha bersungguh-sungguh. Hal ini demikian kerana, seseorang ahli perniagaan yang Berjaya terpaksa mengorbankan pelbagai benda seperti masa bersama keluarga, perlu berjumpa pelanggan tanpa mengira waktu, membuat kerja lebih masa dan sebagainya. Seseorang itu juga harus berfikir tentang masa hadapannya supaya dia dapat memberi focus terhadap kerja yang dilakukan sambil menuju ke matlamat yang ingin dicapai. Selain itu, jika seseorang itu berusaha bersungguh-sungguh, kerja yang dihasilkan akan menjadi lebih berkualiti dan memudahkan dia mencapai matlamatnya.
            Seterusnya, seseorang itu harus menikmati dan bergembira atas setiap perkara yang dilakukan. Hal ini demikian kerana, kita harus meminati sesuatu perkara yang ingi ita lakukan supaya dapat menghasilkan kerja yang berkualiti tinggi. Jika kita tidak meminati perkara tersebut, kita akan berasa terpaksa melakuknnya dan kerja yang dihasilkan juga akan menjadi tidak berkualiti. Jika kita meminati sesuatu perkara, kita akan berusaha untuk mencapainya dan akan mudah menyelesaikan sebarang masalah yang timbul.
            Seterusnya, seseorang yang ingin berjaya harus mendapatkan pendapat orang lain supaya dapat menambahbaik kelemahan yang ada. Selain itu, pendapat juga mampu membuat seseorang itu membuat keputusan dengan lebih tepat dan bernas. Selain itu, terkadang apabila kita terlampau teruja akan sesuatu perkara, kita harus menerima atau mendapatkan pendapat orang lain supaya tidak membuat keputusan dan tindakan.
            Kesimpulannya, kita haruslah mencontohi syarat yang telah diberikan oleh Bill Gates dan membuat perkara yang telah beliau buat sebelum Berjaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan