Etika Keusahawanan di GeGuLa BaTu
Perkara
yang dilakukan oleh syarikat sedap adalah salah satu pelanggaran etika. Hal ini
demikian kerana, menurut akta persaingan 2010. Sesebuah syarikat haruslah
bersaing secara sihat bagi mengekalkan keharmonian Negara dan kepentingan
pengguna dan pelanggan.
Hal ini demikian kerana, syarikat
sedap mencuba untuk menghentikan pasaran syarikat enak dengan membeli semua air
yang dikeluarkan oleh syarikat enak dan memecahkan semua botol kaca tersebut.
Oleh itu, syarikat enak memerlukan tempoh sebulan untuk membuat botol kaca
semula dan pasarannya terhenti selama sebulan disebabkan tindakan syarikat
sedap yang melanggar etika persaingan.
Dalam situasi ini, syarikat sedap
mementingkan diri sendiri tanpa menjaga kehendak pelanggan dan hubungan baik
antara syarikat lain. Hal ini demikian kerana, setiap syarikat haruslah
bersaing dengan sihat. Syarikat sedap boleh meningkatkan kadar pemasaran dengan
membuat promosi secara besar-besaran supaya pengguna mempunyai hak memilih dan
membeli.
Dengan cara ini, syarikat sedap akan
menembusi pasaran dengan mudah semula seperti sedia kala dan tidak perlu membuat
kerja yang kotor terhadap syarikat lain. Mengikut akta persaingan 2010,
syarikat sedap boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana tidak bersaing
secara sihat.
Kesimpulannya, setiap perniagaan
haruslah mempunyai persaingan yang sihat dan mampu menerima risiko kerugian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan