Khamis, 9 Mac 2017

CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA


Setiap usahawan inginkan kejayaan, untuk Berjaya bukanlah sesuatu yang mudah dicapai. Terdapat beberapa ciri usahawan Berjaya iaitu mempunyai visi dan misi. Visi dan misi bermaksud  tujuan utama dari sebuah organisasi. Misi memberitahu para pembaca dan pelanggan mengenai nilai-nilai inti dari sesebuah organisasi.
Di sisi lain, visi adalah tujuan jangka panjang yang  dibayangkan demi perkembangan sesebuah organisasi. Sebagai contohnya, misi syarikat D’Herbs adalah membantu golongan wanita dan lelaki yang mengalami masalah kesihatan dalaman dan luaran untuk tampil dengan lebih yakin dan bergaya. Disamping itu, D’Herbs membantu merek menjana pendapatan yang lebih lumayan dengan menjual produk daripada D'Herbs
            Selain itu, ciri seseorang usahawan yang Berjaya adalah berani mengambil risiko. Hal ini demikian kerana, dalam dunia keusahawanan terdapat banyak risiko yang harus ditanggung oleh usahawan. Hal ini mermaksud, usahawan menghadapi ketidaktentuan masa depan perniagaan kerana mungkin terpaksa menanggung kerugian. Namun, usahawan haruslah menganggap risiko sebagai cabaran dan memastikan risiko adalah munasabah dengan pulangan yang dijangka. Sebagai contohnya, Jika usahawan itu sedang berusaha untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, kemungkinan masa yang diperlukan sangat singkat. Sudah tentu anda perlu banyak membahagikan masa antara keluarga dan juga kerjaya. Pekerja anda juga perlu bimbingan dan sokongan daripada anda supaya mereka terus maju dan lebih produktif.
            Seterusnya, ciri usahawan yang Berjaya adalah kreatif dan inovatif. Terdapat perbezaan maksud kreatif dan inovatif iaitu kreatif adalah usahawan yang mempunyai banyak idea, panjang akal dan berupaya menghasilkan produk baru, canggih dan unik. Manakala inovatif pula adalah usahawan yang mengembangkan dan membuat pembaharuan dalam kerjayanya. Sebagai contonya, Michael Dell daripada Dell Corporation adalah usahawan yang pertama yang memperkenalkan pembelian computer secara talian terus dengan menggunakan talian internet kepada pengguna.
            Di samping itu, ciri usahawan Berjaya adalah dapat melihat dan mengambil peluang. Hal ini bermaksud, sebagai usahawan haruslah menganalisis peluang yang ada dan mengambilnya yang boleh membawa keuntungan kepada organisasi. Sebagai contohnya, T. Ananda Krishnan mampu merebut peluang peluang dalam bidang industry Telekomunikasi Maxis dan Penyiaran ASTRO.
            Kesimpulannya, jika seseorang usahawan itu tidak mempunyai ciri-ciri ini, mereka tidak mampu untuk mencapai yang diimpikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan