Rabu, 1 Mac 2017

ETIKA KEUSAHAWANA di GeGuLa BaTu

Dalam dunia perniagaan atau keusahawanan terdapat etika atau peraturan yang wajib diikuti oleh semua usahawan. Anataranya adalah jauhi rasuah, tidak membuang sisa toksik di laut, tidak membakar secara terbuka dan sebagainya. Hal ini demikian kerana, disebabkan masalah etika yang diperlakukan oleh usahawan akan menyebabkan masyarakat hidup dalam suasana yang tidak sihat.
Terdapat beberapa kesalahan etika yang sering dilakukan oleh usahawan iaitu melepaskan asap kilang tanpa menapisnya dahulu, membuang sisa minyak atau toksik, rasuah dan sebagainya.
Kesalahan etika yang pertama adalah melepaskan asap kilang tanpa menapisnya dahulu. Udara yang bersih sangat penting kepada setiap manusia. Oleh itu, setiap orang haruslah menghalangnya daripada tercemar. Jika usahawan itu mempunyai sebuah kilang atau lebih, beliau haruslah memasang penapis asap di setiap corong kilangnya. Hal ini demikian kerana, dengan adanya penapis asap ini, asap-asap yang beracun tidak akan dilepaskan dan asap biasa sahaja yang dilepaskan.
Asap beracun amat bahaya dalam persekitaran kita, malah boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti astma, kanser paru-paru, batuk kering dan sebagainya. Hal ini terbukti bahawa asap yang tercemar amat membahayakan. Asap yang beracun ini juga adalah punca jerebu, penipisan lapisan ozon dan sebagainya yang mampu memusnahkan alam sekitar.
Pihak yang berkuasa seperti Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bertanggungjawab dalam memelihara alam sekitar daripada tercemar. Usahawan yang melanggar etika alam sekitar haruslah didenda dengan hukuman yang berat supaya dapat mengurangkan masalah ini. Masyarakat juga haruslah memberi kerjasama dalam menangani atau mengurangkan gejala ini dengan melaporkan kepada pihak yang berkuasa jika terdapat usahawan yang melanggar etika.
Selain itu, kesalahan etika yang sering dilakukan oleh usahawan adalah rasuah. Terdapat banyak masalh rasuah akhir-akhir ini. Statistik menunjukkan bahawa dari tahun 2015 statistik adalah 50.48% dan meningkat pada tahun 2016 iaitu 54.8%. Hal ini menunjukkan bahawa rasuah di Malaysia semakin meningkat dan jika tidak dikawal ianya akan menjadi lebih teruk dan Malaysia menjadi salah satu negara yang mempunyai jumlah rasuah yang tinggi.
Terdapat beberapa faktor seseorang itu mengambil rasuh iaitu kelemahan peribadi, kelemahan kepimpinan serta organisasi dan sebagainya. Dari sudut kelemahan kepimpinan bermaksud struktur kepimpinan yang lemah atau kurang pemantauan ke atas golongan pekerja. Hal ini menyebabkan kegiatan rasuah berleluasa dengan dalam sebuah organisasi.
Selain itu, faktor terjadinya rasuah adalah kelemahan peribadi seseorang individu. Hal ini demikian kerana, kurangnya didikan agama dan moral menyebabkan seseorang itu kurang mengetahui perkara yang dilakukannya. Selain itu, sikap tamak dan ingin hidup mewah juga menyebabkan seseorang itu terjebak dalam kegiatan rasuah sehingga sanggup mengetepikan soal agama dan keburukannya.
            Terdapat langkah mengatasi gejala rasuah ini iaitu mendedahkan bahayanya gejala rasuah sejak di bangku sekolah lagi. Hal ini demikian kerana, jika ingin mendidik seseorang biarlah daripada rebungnya dan apabila dididik dengan baik, gejala rasuah akan berkurang dan menghasilkan modal insan yang telus dan berdisiplin.
            Kesimpulannya, gejala rasuah telah memberi banyak kesan buruk dan tidah harus diamalkan oleh usahawan yang Berjaya. Hal ini demikian kerana, rasuah mampu memusnahkan generasi muda dan masyakat sekeliling.


            Akhirnya, kesalahan yang sering dilakukan oleh usahawan adalah membuang sisa toksik atau minyak ke sungai atau laut sehngga menjadi pencemaran air yang teruk. Kebelakangan ini kerap dipaparkan di media cetak dan media elektronik tentang tumpahan minyak di laut. Kejadian terbaru adalah di Mexico yang melibatkan tumpahan minyak yang mencemarkan kawasan laut beratus-ratus kilometer persegi. Ini akan menyebabkan banyak kesan buruk kepada hiidupan laut dan manusia.
                Kesan tumpahan minyak kepada hidupan laut ialah kepupusan spesies ikan yang tertentu. Tumpahan minyak dalam jumlah yang besar akan menyebabkan permukaan laut dilapisi oleh minyak. Ini akan menyebabkan hidupan akuatik akan mati dan membunuh hidupan akuatik hingga boleh menyebabkan kepupusan. Lapisan minyak pada permukaan laut juga akan membunuh alga, iaitu lumut laut dan plankton yang menjadi sumber makanan ikan. Kepupusan sumber makanan juga boleh membawa kepada kepupusan ikan.
                Tumpahan minyak di laut juga boleh menyebabkan kemusnahan terumbu karang .Terumbu karang, terutamanya yang berada di kawasan cetek akan dibaluti oleh lapisan minyak yang tersebar menyebabkan terumbu karang ini akan mati. Lapisan minyak yang menutupi permukaan laut juga menyebabkan cahaya matahari terhalang dan mempengaruhi kepada kemusnahan karang laut ini. Tumpahan minyak akan memusnahkan habitat semula jadi hidupan laut seperti ikan dan lain-lain hidupan yang dijadikan kawasan trumbu karang sebagai habitat mereka.
                Kesan tumpahan minyak di laut kepada manusia pula adalah menjejaskan kawasan pelancongan dan riadah. Keindahan semula jadi pantai dan perairan pulau akan terjejas kerana sebaran tumpahan minyak. Ini menyebabkan aktiviti pelancongan dan riadah di kawasan pantai tidak dapat dilakukan. Selain itu, tumpahan minyak yang tersebar ke pulau-pulau akan menjejaskan aktiviti sukan air seperti skuba apabila hidupan laut telah musnah di kawasan pulau yang cetek.
                Kesan seterusnya kepada manusia ialah kekurangan bekalan makanan. Apabila ikan banyak yang mati dan mungkin pupus bagi spesies tertentu akan menyebabkan kurangnya bekalan ikan dalam masa yang sama akan menjejaskan bekalan sumber protein dan makanan kepada manusia. Selain itu, kesan tumpahan yang tersebar jauh hingga ke pantai akan menyebabkan hidupan akuatik yang menjadikan kawasan hutan bakau sebagai habitat akan musnah. Ini juga akan menyebabkan gangguan kepada bekalan makanan manusia.
                Kesimpulannya, tumpahan minyak di laut perlu diatasi dengan segera apabila berlaku untuk mengelakkan kesan kemusnahan yang besar kepada hidupan laut.

Sabtu, 25 Februari 2017



Analisis video Jack Ma

Berdasarkan pemerhatian dalam video Jack Ma : How To Have A Successful Life, seseorang usahawan yang Berjaya haruslah berusaha mencapai sesuatu dalam setiap peringkat umur iaitu semasa menjadi pelajar, jadilah salah seorang pelajar yang berjaya dan selepas itu ceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan. Hal ini demikian kerana, jika seseorang itu hendak menjadi usahawan, mereka perlulah belajar daripada peringkat bawah dahulu supaya dapat mengenal apa itu dunia usahawan.
            Selain itu, seseorang usahawan itu haruslah telah menguasai bidang perniagaaan yang dijalankan dan usahawan tersebut tidak digalakkan untuk bertukar-tukar matlamat. Hal ini demikian kerana, ianya adalah salah satu pembaziran masa seseorang dan akan mencapai matlamat baharu itu dengan lebih lama. Seterusnya, seseorang usahawan itu haruslah memberi peluang kepada usahawan yang lebih muda dalam mentadbir perniagaannya kerana menurut Jack Ma, usahawan muda itu akan membuat sesuatu yang lebih baik dan boleh meningkatkan lagi perniagaan yang dijalankan.
            Di samping itu, seseorang usahawan yang berjaya haruslah membantu usahawan muda yang sedang berkenalan dalam dunia usahawan seperti melabur, membuat seminar, memberi pinjaman perniagaan untuk usahawan muda sehingga mereka berjaya dan mencapai matlamat yang mereka kehendaki. Usahawan muda juga tidak perlu berasa takut jika telah membuat kesalahan dalam perniagaan malah mereka harus bangkit dan memperbaiki kesalahan tersebut. Hal ini demikian kerana, seseorang itu akan mempelajari sesuatu melalui kesalahan yang telah dilakukan.
            Selain itu, untuk menjadi seseorang yang berjaya, kita haruslah berusaha dengan bersungguh-sungguh supaya matlamat dapat dicapai dengan mudah dan jangan sesekali berputus asa untuk berusaha. Hal ini demikian kerana, usaha tangga kejayaan dan untuk mencapai kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah, Menurut Jack Ma, orang sekeliling tidak tahu apakah masalah yang sedang kita hadapi dan mereka mempunyai pelbagai pendapat tersendiri sama ada negative atau positif dan seseorang usahawan itu harus bertahan dengan pendapat-pendapat negatif orang sekeliling dan terus maju kehadapan tanpa memandang ke belakang.
            Seseorang usahawan itu juga haruslah sentiasa berhasrat untuk mencapai matlamat yang telah dirancang. Hal ini demikian kerana, perancangan jangka masa panjang dan jangka masa pendek amat penting dalam memulakan sesuatu perniagaan supaya dapat mengurangkan atau mengelakkan daripada sebarang kesalahan yang boleh mencacatkan sesebuah perniagaan.
            Seterusnya, seseorang usahawan itu juga haruslah sentiasa fokus dalam membuat sebarang kerja. Hal ini demikian kerana, dengan adanya fokus dalam sesuatu kerja, kerja akan dapat dilakukan dengan baik dan cemerlang. Dalam erti kata lain, dengan adanya fokus dalam sesuatu kerja, seseorang usahawan dapat memudahkan urusan perniagaannya.
            Akhir sekali, seseorang usahawan itu haruslah mendapatkan pendapat orang sekeliling untuk membuat sesuatu tindakan seperti keluarga dan rakan-rakan. Hal ini menambahkan lagi kualiti sesebuah perniagaan dan usahawan dapat mengetahui kehendak pelanggan dengan lebih teliti.
            Kesimpulannya, seseorang usahawan yang ingin berjaya perlu mencontohi sikap disiplin Jack Ma yang sentiasa berusaha, menolong usahawan muda dan sebagainya.

Isnin, 20 Februari 2017

MAKEUP SET CHANEL di GeGuLa BaTu

List chanel set 9 in 1 RM110 SAJA!!!

Offer

✅paper beg chanel
✅box
✅lipstik
✅lipsglos
✅mascara
✅foundation
✅eyebrows
✅eyeliner
✅powder
✅blusher
✅eyeshadow


Ahad, 19 Februari 2017

BRUSH MAKEUP MURAH di GeGuLa BaTu


Naked 12 Brush

RM35

🚚 FREE POSTAGE

WHAT INCLUDE :-
1 x Powder Brush1 x Eyeshadow Brush1 x Large Eyebrow Brush1 x Medium Eyebrow Brush1 x Small Eyebrow Brush1 x Lip Brush1 x Eyebrow Brush1 x Blush Brush1 x Oblique Eyebrow Brush1 x Eyeliner Brush1 x Eyelid Brush1 x Angled Contour Brush

WHATSAPP 0197526576 FOR PURCHASE OR

MY FACEBOOK NOOR AINI JEMADI







Jumaat, 17 Februari 2017

HANDBAG MURAH DI GeGuLa BaTu

Handbag Bonia

Ready stok

Harga 120 free pos

Gred 3A





Khamis, 16 Februari 2017

BBIA Lipmousse

Rm25 saja!!! harga asal rm35

FREE POSTAGE :) 

REMARK CODE : 01 / 02 / 03 / 04 / 05

BENEFIT :-
Long-lastingFull-coverageWaterproof